PIAGAM PELANGGAN
1. Melahirkan sekurang-kurangnya 80% pelajar lulus peperiksaan setiap semester bagi melahirkan pelajar berkemahiran
2. Memaklumkan pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) kepada pelajar dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan sijil dari Jabatan Pembangunan Kemahiran.
3. Mengeluarkan transkrip akademik dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh pengesahan keputusan peperiksaan akhir oleh Jawatankuasa Peperiksaan Peringkat Kementerian Belia dan Sukan.
4. Memastikan bayaran bil dan tuntutan diselesaikan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
5. Memastikan semua pertanyaan dan aduan diberi maklum balas dalam tempoh tiga (3) hari bekerja daripada tarikh pertanyaan dan aduan diterima