Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image
    Image

    Masa Depan Anda Bermula di IKTBN Pagoh!

    Bidang Mekanikal semakin berkembang pesat. Di IKTBN Pagoh, anda dilatih dengan kaedah hands-on, kemahiran industri sebenar & peluang kerjaya luas. Bersedia untuk jadi tenaga mahir yang dicari-cari!

    KECEMERLANGAN KEMAHIRAN, KEJAYAAN KEHIDUPAN

    Berbekalkan modul moden, fasiliti terkini serta bimbingan pakar, IKTBN Pagoh menjadi pilihan utama belia yang ingin membina kerjaya berkemahiran tinggi.

    KURSUS
    0
    KAKITANGAN
    0
    GRADUASI
    0
    %
    PELAJAR
    0
    Image
    Pengenalan kepada pengoperasian mesin ini merangkumi pembelajaran menyeluruh tentang pelbagai jenis mesin konvensional, pemesinan dan CNC, termasuk mesin canai permukaan, mesin canai silinder, CNC mesin canai, mesin larik konvensional dan CNC, mesin kisar konvensional dan CNC, serta teknologi terkini seperti mesin EDM Die Sinking dan mesin EDM Wirecut. Melalui penguasaan pelbagai mesin ini, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada asas pemotongan, pengisaran dan pembentukan bahan, malah juga kemahiran dalam mengendalikan mesin berteknologi tinggi yang digunakan secara meluas dalam industri pembuatan moden.
    Image

    Diploma Teknologi Mekanikal (Perekaan Acuan Plastik).

    Image

    Umur 18-30 Tahun, Belum Berkahwin, Tamat Tingkatan 5

    Image

    Tempoh Pengajian 36 bulan

    Image

    Elaun Bulanan, Tempat Tinggal & Makan Percuma

    Prospek Kerjaya : Juruteknik CNC, Penyelia Produksi (Production Supervisor), Usahawan Industri Perkakasan & Plastik

    Image

    KURSUS SEPARUH MASA

    Tingkatkan kemahiran anda tanpa menjejaskan rutin harian dengan kursus separuh masa IKTBN Pagoh — fleksibel, praktikal, dan direka untuk membantu anda capai impian walau sibuk bekerja.

    Belia NEET? Jom Ubah Hidup Anda – PERCUMA!

    Latihan asas kemahiran jangka pendek di bawah Program STAR@U MyFuture Youth Plus – reskilling, upskilling & cross-skilling untuk masa depan lebih cerah.

    Modular & Praktikal – asas elektrik, operasi acara, asas kimpalan & lain-lain

    5 Hari Intensif – cepat, fokus & terus boleh praktik

    Bimbingan Pakar – tenaga pengajar berpengalaman

    Percuma 100% – tiada bayaran, khas untuk belia NEET

    MASA DEPAN CERAH BERMULA DI SINI

    IKTBN Pagoh menawarkan peluang belajar tanpa beban kewangan:

    Image

    Pengajian Percuma

    Image

    Elaun Bulanan

    Image

    Kemudahan Perubatan

    Image

    Makan Minum Percuma

    Image

    Penginapan Percuma

    Pemohon mestilah merupakan seorang warganegara Malaysia. Keutamaan ini diberikan kerana institusi latihan kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan khusus bagi melatih serta membangunkan kemahiran belia tempatan.

    Pemohon mestilah mempunyai keupayaan asas untuk mengira, membaca dan menulis. Keupayaan ini penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti pembelajaran serta memahami arahan bertulis dan pengiraan teknikal sepanjang latihan.

    Pemohon mestilah berusia di antara 18 hingga 30 tahun pada tarikh permohonan dibuat. Julat umur ini ditetapkan bagi memastikan pemohon berada dalam lingkungan usia belia yang sesuai untuk mengikuti latihan kemahiran.

    Pemohon mestilah berkelulusan sekurang-kurangnya Tamat Tingkatan 5 atau memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kelayakan ini penting bagi memastikan pemohon mempunyai asas pengetahuan yang mencukupi untuk mengikuti latihan.

    Pemohon mestilah belum berkahwin atau berstatus bujang. Syarat ini bertujuan memastikan pemohon dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada latihan yang dijalankan.

    Pemohon mestilah sihat tubuh badan. Kesihatan yang baik penting bagi memastikan pemohon dapat mengikuti latihan kemahiran dan aktiviti fizikal sepanjang program tanpa sebarang halangan yang serius.

    Pemohon yang tidak pernah mengikuti latihan kemahiran dimana-mana Institut Latihan Awam atau Swasta (Kecuali untuk calon yang mempunyai Sijil Lepasan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk menyambung pengajian
    Pemohon yang sedang menjalani latihan kemahiran di mana-mana institut latihan kemahiran dan belum tamat latihan, belum peroleh sijil ketrampilan SKM tahap 2/3 atau 3/4 tidak dibenarkan untuk memohon untuk tahap selanjutnya
    Pelajar yang tidak menamatkan latihan/ disingkirkan dari mengikuti latihan dari mana-mana Institut Latihan Awan yang lain, tidak dibenarkan untuk memohon.

    Pemohon mestilah memenuhi syarat tambahan yang ditetapkan mengikut bidang pilihan, sekiranya ada. Syarat ini bergantung kepada keperluan khusus setiap kursus bagi memastikan pemohon benar-benar sesuai untuk mengikuti latihan dalam bidang tersebut.

    Image

    Penerima Anugerah Graduan Terbaik Keseluruhan ILKBS 2025

    Tokoh Alumni yang cemerlang dalam bidang teknikal Plastic Die Engineering serta mempunyai sifat kepimpinan yang berkualiti. Banyak pencapaian yang membanggakan sepanjang berada di IKTBN Pagoh.

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.