
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh atau ringkasnya IKTBN Pagoh adalah institut yang menawarkan latihan teknikal di bawah Kementerian Belia dan Sukan. Terletak kira-kira 7 kilometer dari Bandar Pagoh dan 25 kilometer dari Bandar Muar dan berhampiran dengan Lebuhraya Utara-Selatan.
Mempunyai keluasan tanah seluas 30 ekar berhampiran jalan utama Muar ke Pagoh. Institut siap dibina sepenuhnya pada 31 Oktober 2001, selepas kerja pembinaan 2 tahun dengan kos pembinaan bangunan melibatkan sejumlah RM 75 juta.
IKTBN Pagoh telah dirasmikan oleh YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 22 Mei 2005 ketika beliau memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Tujuan pembinaan institut ini adalah menyediakan latihan teknikal diperingkat sijil dan diploma khususnya dalam bidang Mekanikal bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mahir negara.
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor
Nombor Telefon : 06-9737836
Nombor Faksimili : 06-9737837
Email :