Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Syukur Alhamdulillah dengan rahmat dan limpah kurnia-Nya dapat kita bersama-sama berkhidmat menjalankan amanah untuk mendidik dan melahirkan belia mahir di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara, [KTBN) Pagoh.
IKTBN Pagoh merupakan institusi yang menawarkan latihan teknikal khususnya dalam bidang Mekanikal. Pelbagai program dan kursus bidang Mekanikal ditawarkan di institut ini memenuhi keperluan industri dan pasaran kerja semasa. Para belia mendapat pendedahan yang secukupnya melalui pengajaran teori, amali dan latihan praktikal yang berkolaborasi dengan pihak industri. Ini adalah untuk memastikan mereka bukan sahaja cemerlang dalam teori tetapi juga mahir dalam amalan.
Dengan kepakaran dan kemahiran yang diperoleh di institut ini, para belia dapat menjana pendapatan yang mampan dan meningkatkan taraf hidup mereka. Ini membuka peluang untuk mereka menjadi usahawan yang berjaya, pekerja mahir yang dihargai dan individu yang berdikari Kami juga menekankan penerapan nilai-nilai murni dalam setiap latihan yang dijalankan. Nilai-nilai seperti kejujuran, tanggungjawab, disiplin dan kerja berpasukan adalah asas utama kepada pembentukan peribadi yang berkualiti.
Dengan mengamalkan nilai-nilai ini, para belia tidak hanya akan menjadi pekerja yang kompeten, tetapi juga individu yang berakhlak mula dan mempunyai integriti.
Akhir kata, saya berharap agar semua belia yang berada di institut ini dapat memanfaatkan segala peluang yang ada, menimba ilmu dan kemahiran dengan sepenuh hati serta sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik. Saya yakin dan percaya bahawa dengan usaha yang gigih dan semangat yang tinggi, anda semua mampu mencapai apa jua impian yang diinginkan. Marilah kita bersama-sama berusaha untuk meningkatkan daya saing, kreativiti dan inovatif dalam membawa halatuju IKTBN Pagoh ke arah yang lebih cemerlang.
SUZANA BINTI MOHAMMED ZOHDI
Pengarah
Institut Kemahiran Tinggi Bella Negara Pagoh
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor
Nombor Telefon : 06-9737836
Nombor Faksimili : 06-9737837
Email :