Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SPM atau pelajar berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja
1. Warganegara Malaysia2. Bujang3. Sihat fizikal dan mental
Bidang Teknologi Kimpalan Arka & GasKursus ini memberi tumpuan kepada kemahiran kimpalan menggunakan pelbagai kaedah utama. Pelajar akan mempelajari Shielded Metal Arc Welding (SMAW) untuk fillet dan butt welding pada plat serta paip karbon keluli dalam pelbagai posisi (1F–6G). Selain itu, mereka turut didedahkan kepada Gas Tungsten Arc Welding (GTAW) bagi kimpalan fillet dan butt pada karbon keluli, keluli tahan karat dan aluminium. Kursus ini juga merangkumi Gas Metal Arc Welding (GMAW) untuk fillet dan butt welding pada plat dan paip, serta Flux-Cored Arc Welding (FCAW) termasuk kombinasi dengan SMAW bagi menghasilkan sambungan yang lebih kompleks.
Secara keseluruhannya, silibus ini melatih pelajar dalam pelbagai teknik kimpalan asas hingga lanjutan meliputi plat dan paip serta pelbagai jenis logam. Peluang Kerjaya1. Juruteknik Kimpalan (Welding Technician) 2. Juruteknik Fabrikasi Logam (Metal Fabrication Technician)3. Penyelia Bengkel Kimpalan (Welding Workshop Supervisor) 4. Juruteknik Automotif & Pembuatan (Automotive/Manufacturing Welding Technician)5. Juruteknik Penyelenggaraan Industri (Industrial Maintenance Welder) 6. Pemeriksa Kimpalan (Welding Inspector)Peluang Sambung Pengajian Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah (UMPSA)iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, JohorNombor Telefon : 06-9737836Nombor Faksimili : 06-9737837Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST