Kursus Jangka Panjang
    created
    2026-03-04 09:57:16
    id
    Diploma Teknologi Mekanikal (Pembuatan CAD/CAM)
    DMC 04
    SKM Tahap 4
    32 Bulan + 4 Bulan Latihan Industri
    IKTBN Pagoh

    Syarat Kelayakan 

    Pelajar lepasan SPM atau pelajar berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja

    1. Warganegara Malaysia
    2. Bujang
    3. Sihat fizikal dan mental



    Bidang Teknologi Pembuatan CAD/CAM 

    Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dalam reka bentuk dan pengaturcaraan pemesinan, merangkumi analisis lukisan produk serta data CAD, reka bentuk Jig dan Fixture. Selain itu, pelajar akan didedahkan kepada pembangunan program CAM, pelaksanaan operasi pemesinan CNC dan pentadbiran operasi pemesinan. Keseluruhannya, kursus ini melatih pelajar dengan gabungan pengetahuan teori, kemahiran teknikal serta aspek pengurusan bagi memastikan kecekapan, ketepatan dan keberkesanan dalam proses pembuatan moden, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir yang mampu memenuhi keperluan industri dalam era automasi dan Revolusi Industri 4.0.  

    Peluang Kerjaya

    1. Juruteknik CNC (CNC Machinist/Operator) 
    2. Pengaturcara CNC (CNC Programmer)
    3. Pereka Jig & Fixture (Jig and Fixture Designer)
    4. Penyelia Operasi Pemesinan (Machining 
        Operations Supervisor)
    5. Juruteknik Automasi Pembuatan
        (Manufacturing Automation Technician) 


    Peluang Sambung Pengajian 

    Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-

    i.   Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
    ii.  Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
    iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah 
         (UMPSA)
    iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
    v.  Universiti Kuala Lumpur (UniKL)

    Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,
    KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, Johor

    Nombor Telefon : 06-9737836
    Nombor Faksimili : 06-9737837
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.