Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SPM atau belia berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja dan memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia2. Bujang3. Sihat fizikal dan mentalBidang Teknologi Perekaan Acuan Plastik
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan kemahiran dalam mereka bentuk, merancang, mengawal dan menyelenggara acuan suntikan plastik yang digunakan secara meluas dalam industri pembuatan moden. Pelajar diberi pendedahan proses mereka bentuk acuan suntikan plastik dengan menggunakan prinsip kejuruteraan dan perisian CAD. Pelajar juga akan mempelajari Plastics Injection Mould Fabrication Planning and Control, yang menekankan perancangan serta kawalan proses pembuatan acuan bagi memastikan keberkesanan dan kualiti.Pelajar akan menjalankan ujian acuan dan mengesahkan prestasi produk sebelum digunakan dalam pengeluaran sebenar serta mempelajari kaedah penyelenggaraan acuan bagi memastikan jangka hayat dan keberkesanan penggunaannya.Peluang Kerjaya1. Plastics Injection Mould Designer 2. Mould Fabrication Planner/Controller 3. Mould Trial & Validation Technician4. Mould Maintenance Technician5. Blow Mould/Extrusion Die Designer Peluang Sambung Pengajian Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah (UMPSA)iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, JohorNombor Telefon : 06-9737836Nombor Faksimili : 06-9737837Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST