Syarat Kelayakan
Pelajar lepasan SPM atau belia berusia minimum 18 tahun sehingga 30 tahun sahaja dan memenuhi syarat berikut:
1. Warganegara Malaysia
2. Bujang
3. Sihat fizikal dan mental
Bidang Teknologi Die Stamping
Kursus ini memberi tumpuan kepada pembangunan acuan stamping logam dengan enam unit kompetensi utama. Pelajar akan bermula dengan belajar merancang konsep barisan pengeluaran yang sesuai untuk proses stamping, pengiraan kos pembangunan acuan secara sistematik.
Pelajar akan didedahkan kepada kemahiran mereka bentuk acuan stamping menggunakan prinsip kejuruteraan dan perisian CAD. Kemudian, mereka akan belajar memantau proses pembuatan acuan bagi memastikan kualiti dan ketepatan.
Seterusnya pelajar akan fokus kepada ujian dan pengesahan acuan sebelum digunakan dalam pengeluaran sebenar dan pengetahuan pengurusan dokumentasi, jadual kerja, dan pentadbiran projek.
Peluang Kerjaya
1. Pereka Acuan Stamping Logam (Metal Stamping Die
Designer)
2. Juruteknik Kos Acuan (Die Costing Technician/Engineer)
3. Penyelia Fabrikasi Acuan (Die Fabrication Supervisor)
4. Juruteknik Ujian & Pengesahan Acuan (Die Trial &
Validation Technician)
5. Pentadbir Projek Acuan (Die Project Administrator)
Peluang Sambung Pengajian
Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah
(UMPSA)
iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)
v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)