Syarat KelayakanPelajar lepasan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan1. Warganegara Malaysia2. Bujang3. Sihat mental dan fizikal
Bidang Teknologi Mekanik Industri Kursus Teknologi Mekanik Industri di peringkat NOSS Level 4 melatih pelajar dalam pelbagai aspek penyelenggaraan dan pengurusan mesin industri termasuk penyelenggaraan mesin kawalan berkomputer (CNC), peralatan pengendalian bahan seperti Hoist dan Crane serta pengubahsuaian peralatan statik dan berputar. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada pengubahsuaian sistem automasi, teknik kalibrasi alat mesin bagi memastikan ketepatan pengeluaran serta kemahiran menghasilkan lukisan CAD untuk pemasangan mesin industri. Kursus ini turut menekankan aspek pentadbiran penyelenggaraan bagi memastikan operasi dijalankan secara sistematik dan efisien. Keseluruhannya, program ini membekalkan pelajar dengan gabungan pengetahuan teknikal, praktikal dan pengurusan yang diperlukan untuk menyokong keperluan industri moden dalam era Revolusi Industri 4.0. Peluang Kerjaya1. Industrial Maintenance Technician 2. CNC and Automation Technician3. Maintenance Supervisor 4. Static and Rotating Equipment Technician5. Industrial CAD Designer6. Automation and Control Systems Technician
Peluang Sambung Pengajian Graduan TVET boleh meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi khususnya dalam bidang teknikal dan vokasional yang berkaitan di universiti yang berikut :-
i. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)ii. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)iii. Universiti Malaysia Pahang al-Sultan Abdullah (UMPSA)iv. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP)v. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh,KM.21, Jalan Panchor, 84500 Pagoh, JohorNombor Telefon : 06-9737836Nombor Faksimili : 06-9737837Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+ TVET Madani+ Kolej Vokasional+ Jabatan Pembangunan Kemahiran
+ MySPIKE+ Skills Malaysia+ UP TVET+ CIAST