IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI PROGRAM ROAD TO GIVE ANJURAN MARRIOTT INTERNATIONAL

    DESARU, JOHOR, 10 Oktober 2026 - Program Road To Give anjuran Marriott International yang berlangsung di The Westin Desaru Coast Resort telah berlangsung dengan meriah dan penuh semangat kebersamaan, melibatkan hampir 300 orang peserta terdiri daripada orang awam serta warga Marriott International southern region.
    IKBN Bandar Penawar turut menghantar wakil, iaitu En. Mohd Zaid bin Mohamed Awam, Ketua Cawangan Hubungan Industri, Publisiti dan Seranta (CHIPS), bagi menyokong program berteraskan kebajikan dan tanggungjawab sosial korporat ini.

    Penyertaan seramai 23 orang pelajar IKBN Bandar Penawar yang dirancang pada asalnya terpaksa dibatalkan atas faktor keselamatan susulan keadaan jerebu yang teruk. Walau bagaimanapun, sokongan institusi terhadap usaha murni ini tetap diteruskan melalui kehadiran wakil IKBN Bandar Penawar.

    Program yang berlangsung dalam suasana happening dan penuh kemeriahan ini turut membawa makna yang besar apabila hasil kutipan disalurkan kepada badan-badan amal di Malaysia bagi membantu golongan yang memerlukan.
    Lebih membanggakan, seorang alumni IKBN Bandar Penawar turut mencipta kejayaan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam kategori wanita, sekali gus mengharumkan nama institusi.

    Tahniah kepada pihak Marriott International atas penganjuran program yang bermakna ini serta syabas kepada alumni IKBN Bandar Penawar atas pencapaian yang membanggakan!
    IKBN Bandar Penawar — Kemahiran Hari Ini, Kerjaya Esok!

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.