- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 10
IKBN BANDAR PENAWAR SERTAI PAMERAN SEMPENA SAMBUTAN MAULIDURRASUL PERINGKAT BANDAR MAS, KOTA TINGGI
KOTA TINGGI, 11 Oktober 2026 - Bertempat Di Amsjid Jamek Al A'la Bandar Mas, IKBN Bandar Penawar telah menyertai pameran sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bandar Mas sebagai usaha memperkenalkan peluang latihan kemahiran TVET dan promosi kemasukan Intake 1/2027 kepada masyarakat setempat.
Penyertaan IKBN Bandar Penawar diwakili oleh pegawai Cawangan Hubungan Industri, Publisiti dan Seranta (CHIPS), tenaga pengajar Jabatan HSE serta dua orang wakil pelajar daripada Jurusan Juru Perancah. Kehadiran ini turut menjadi platform untuk mendekatkan institusi dengan komuniti di samping memberikan pendedahan mengenai peluang pendidikan dan latihan kemahiran yang ditawarkan.
Program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti pertandingan hafazan, azan, mewarna dan menulis Jawi. Selain itu, para pengunjung turut berpeluang menghayati Ceramah Cintai Rasul yang disampaikan oleh Kadi Besar Negeri Johor 1, serta persembahan nasyid dan selawat oleh murid-murid SMK Bandar Mas.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen IKBN Bandar Penawar dalam menyokong program kemasyarakatan, memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat serta mempromosikan TVET sebagai laluan pendidikan dan kerjaya masa hadapan.
IKBN Bandar Penawar — Kemahiran Hari Ini, Kerjaya Esok!
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
