KBN BANDAR PENAWAR DAN BESTRICH STAR SDN. BHD. METERAI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) PERKUKUH JARINGAN INDUSTR

    PENGERANG, 22 MEI 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah melakar satu lagi pencapaian bermakna dalam memperkasakan agenda Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama syarikat Bestrich Star Sdn. Bhd.Majlis pemeteraian yang bersejarah ini telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Pejabat Bestrich Star Sdn. Bhd., Pengerang, Johor pada pagi Jumaat.

    Delegasi IKBN Bandar Penawar telah diketuai oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar, manakala pihak Bestrich Star Sdn. Bhd. pula diwakili oleh Pengurus Cawangannya, Encik Abd Roni bin Mohd Suri. Majlis menandatangani dan sesi pertukaran dokumen MoU tersebut telah disempurnakan oleh kedua-dua belah pihak dengan disaksikan oleh wakil-wakil pengurusan dari kedua-dua organisasi.

    Majlis dimulai dengan bacaan doa dan ucapan aluan serta taklimat pengenalan Bestrich Star Sdn Bhd yang disampaikan oleh Encik Abd Roni bin Mohd Suri. YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad turut menyampaikan ucapan penghargaan bagi menzahirkan penghargaan dan komitmen IKBN Bandar Penawar dalam melahirkan graduan kemahiran yang menepati kehendak industri semasa.Sejurus selepas kelangsungan acara rasmi tersebut, pihak Bestrich Star Sdn. Bhd. telah membawa delegasi IKBN Bandar Penawar untuk satu sesi lawatan khas ke fasiliti Yard syarikat berkenaan bagi memberi pendedahan dan gambaran sebenar mengenai operasi industri di sana.

    Pemeteraian MoU ini merupakan satu langkah proaktif dan diharapkan dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik, kemudahan latihan industri, serta peningkatan kebolehpasaran pekerjaan bagi graduan IKBN Bandar Penawar pada masa akan datang

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.