- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 13
IKBN BANDAR PENAWAR RAIH KEJAYAAN CEMERLANG DI WORLD CHEFS CHAMPIONSHIP (WCC) 2026
Johor Bahru, 23 Mei 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar telah mencatatkan pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih beberapa pingat dalam pertandingan World Chefs Championship 2026 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Mei 2026 bertempat di Persada Johor International Convention Centre.
Penyertaan IKBN Bandar Penawar pada kali ini melibatkan empat kategori pertandingan yang menghimpunkan peserta-peserta berbakat dari pelbagai institusi dan industri kulinari. Kejayaan yang diraih membuktikan komitmen serta tahap kompetensi tinggi warga institut dalam bidang hospitaliti dan kulinari.
Senarai pencapaian cemerlang yang diperoleh adalah ;-
Kategori : Table Setting
Pencapaian : Pingat Emas
Penyertaan : En. Muhamad Fikri bin Mohd Kamarudin dan En. Astihaq Shafiq bin Zainal
Kategori : Ikan Asam Pedas
Pencapaian : Pingat Emas
Penyertaan : Pn. Nur Izzati binti Mohamed Nordin
Kategori : Teh Tarik challenge
Pencapaian : Pingat Emas
Penyertaan : Saudara Mateesh A/L Rajamuni
Kategori : Thai Tomyam Seafood
Pencapaian : Pingat Perak
Penyertaan : Saudari Nur Ain Syazwien binti Zol
Pengurusan Institut merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas usaha, dedikasi dan semangat juang yang dipamerkan sepanjang pertandingan berlangsung. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan IKBN Bandar Penawar, malah turut membuktikan bahawa pelajar dan tenaga pengajar Institut ini mampu bersaing di peringkat profesional serta antarabangsa.
Diharapkan pencapaian ini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga Institut untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan mengangkat latihan kemahiran negara ke tahap yang lebih tinggi pada masa hadapan.
