- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 9
KUNJUNGAN HORMAT KE KOLEJ UNIVERSITI YAYASAN PELAJARAN JOHOR
KOTA TINGGI, 11 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Kolej Universiti Yayasan Pelajaran Johor (KUYPJ) hari ini bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua institusi pendidikan tersebut.
Delegasi IKBN Bandar Penawar diketuai oleh Pengarahnya, Cik Fadhilah binti Ahmad, bersama Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan serta Ketua Jabatan Hospitaliti dan Ketua Jabatan Perhotelan.
Ketibaan rombongan telah disambut mesra oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pendidikan YPJ, Tuan Haji Mohd Fahmi bin Salam. Turut hadir dalam sesi tersebut adalah Ketua Eksekutif KUYPJ, Dr. Nor Aishah binti Abdul Aziz, Ketua Eksekutif Kolej Kemahiran Johor (KKJ), serta barisan pegawai kanan.Fokus utama perbincangan adalah mengenai kolaborasi pendidikan, termasuk:
• Peluang Menyambung Pengajian: Membuka ruang bagi graduan IKBN untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi di KUYPJ.
• Perkongsian Kepakaran: Kerjasama teknikal antara Jabatan Perhotelan dan Jabatan Hospitaliti IKBN bersama Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan KUYPJ.
• Pertukaran Informasi: Sesi libat urus bagi memantapkan kurikulum dan kemahiran pelajar mengikut kehendak industri semasa.
Delegasi juga dibawa melawat ke Sekolah Hospitaliti dan Pelancongan KUYPJ untuk melihat sendiri kemudahan serta peralatan moden yang disediakan. Lawatan ini bertujuan memberi gambaran jelas mengenai fasiliti pembelajaran yang boleh dimanfaatkan bersama melalui perkongsian sumber pada masa hadapan.
Sinergi ini dijangka mampu memperkasakan lagi bidang TVET dan hospitaliti di negeri Johor, sekali gus melahirkan tenaga kerja mahir yang kompetitif.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
