PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

    Johor Bahru, 12 Februari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia Negeri Johor (YADIM)telah melaksanakan Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 bertempat di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru, Johor.

    Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan belia serta menyemarakkan semangat Ramadan dengan aktiviti yang berteraskan keagamaan dan kebersamaan. Program ini juga menjadi platform untuk mencungkil bakat serta memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan peserta
    .
    Program ini telah disertai oleh seramai 40 orang penuntut dari IKBN Bandar Penawar. Program ini turut diadakan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Azan, Nasyid dan Tilawah Al Quran. Para pelajar IKBN Bandar Penawar tidak ketinggalan juga turut menyertai aktiviti yg dipertandingkan.

    Melalui aktiviti tersebut penuntut dari IKBN Bandar Penawar iaitu Mohd Khairul Anwar bin Rashid dari jurusan Scaffolding telah muncul Johan Azan pada pertandingan tersebut. Setinggi-tinggi ucapan tahniah daripada pihak institut atas kemenangan tersebut.

    Program ini telah dirasmikan oleh Encik Shamsuhaime bin Basir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dengan diiringi oleh Encik Zulkurnain Bin Suhadi, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana dan S/Insp Wan Azhar bin Wan Ariffin, Ketua Balai Polis Kangkar Pulai. Turut hadir adalah Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Encik Mohammad Alif bin Dato A. Rahim.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.