KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH IKBN BANDAR PENAWAR KE IPD KOTA TINGGI

    KOTA TINGGI, 30 APRIL 2026 – Puan Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar telah membuat kunjungan hormat ke atas YDH Supt. Yusof bin Hj Othman, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi. Kunjung hormat ini merupakan saranan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dalam menjalinkan kerjasama bersama Polis Diraja Malaysia bagi menangani isu tatatertib pelajar ILKBS.

    Pertemuan yang berlangsung lebih sejam itu, telah membincangkan berkaitan isu-isu semasa melibatkan keselamatan sekitar institut serta peluang kolaborasi sebagai langkah pencegahan salah laku, keselamatan persekitaran institut serta pengukuhan nilai sahsiah bukan sahaja kepada pelajar malah turut merangkumi kakitangan dan warga institut keseluruhannya. 

    Turut hadir, YDH DSP Mohd Syamsuri bin Mohamad, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Puan Normala binti Daman, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Pelajar), IKBN Bandar Penawar dan ASP Irwan bin Ishak, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Daerah Kota Tinggi.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Professional Terungg

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.