- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 29
Kursus Reskilling, Upskilling and Professional 2026: The Global Emergence of Modern Chinese Culinary Innovation Course
BANDAR PENAWAR, 7 Mei 2026 – Jabatan Hospitaliti, Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar telah berjaya menganjurkan Kursus Reskilling, Upskilling and Professional 2026: The Global Emergence of Modern Chinese Culinary Innovation Course yang berlangsung selama empat hari bermula 4 hingga 7 Mei 2026.
Kursus ini melibatkan seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada tenaga pengajar institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) iaitu Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah, Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Bachok, Institut Kemahiran Belia Negara Kemasik, Institut Kemahiran Belia Negara Miri serta Institut Kemahiran Belia Negara Peretak.
Kursus ini dikendalikan oleh Chef Profesional, Chef Yeap Han Woi yang berkongsi pelbagai ilmu, teknik moden serta inovasi terkini dalam penyediaan hidangan berkonsepkan Oriental Chinese Cuisine. Para peserta turut didedahkan dengan teknik penyediaan makanan bagi pasaran komersial serta konsep persembahan makanan yang selari dengan kehendak industri hospitaliti semasa.
Antara objektif utama kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran tenaga pengajar dalam menyediakan hidangan Chinese Cuisine, mempelajari teknik penyediaan hidangan oriental untuk pasaran komersial, serta memberi pendedahan terhadap teknik persembahan makanan terkini yang lebih kreatif dan inovatif.
Sepanjang kursus berlangsung, peserta berpeluang menjalani sesi amali secara langsung bersama tenaga pengajar, selain mempelajari kaedah penyediaan menu yang menitikberatkan aspek kreativiti, estetika dan standard industri profesional.
Penganjuran kursus ini diharap dapat memperkukuhkan kompetensi tenaga pengajar bidang hospitaliti serta menjadi platform perkongsian ilmu dan pengalaman antara ILKBS.
Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih turut diberikan kepada Chef Yeap Han Woi atas segala tunjuk ajar, perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang kursus berlangsung.
