- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 22
KUNJUNGAN HORMAT PENGURUSAN TERTINGGI IKBN BANDAR PENAWAR KE ATAS PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KOTA TINGGI
Kota Tinggi, 30 Mac 2026 -Barisan pengurusan tertinggi Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kota Tinggi yang ketuai oleh YBrs. Cik Fadhilah Binti Ahmad.
Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua agensi, khususnya dalam usaha memartabatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di kalangan pelajar sekolah di sekitar daerah Kota Tinggi.Antara perkara utama yang dibincangkan termasuklah:
1. Mempromosi peluang melanjutkan pengajian dalam bidang hospitaliti, perhotelan, mekanikal, dan minyak & gas serta program inklusiviti belia di IKBN Bandar Penawar.
2. Program Kerjasama Strategik: Cadangan penganjuran Program CSR bengkel kemahiran jangka pendek berkaitan keselamatan di sekolah menengah di sekitar Kota Tinggi.
3. Hebahan berkaitan kemasukan sesi 2/2026 dan menyelaraskan usaha untuk memastikan pelajar yang kurang cenderung kepada akademik mempunyai laluan kemahiran yang jelas demi masa depan mereka.
Pihak pengurusan IKBN Bandar Penawar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPD Kota Tinggi atas kesudian menerima kunjungan ini. Kerjasama erat ini diharapkan dapat melahirkan lebih ramai belia tempatan yang berkemahiran tinggi dan mampu memenuhi permintaan industri masa kini.Sinergi antara institusi latihan dan pendidikan adalah kunci utama dalam membina modal insan yang kompeten bagi mendepani cabaran ekonomi masa hadapan.
