Gema Wahyu Di IKBN Bandar Penawar: Majlis Khatam Al-Quran 1447H Berlangsung Meriah

    BANDAR PENAWAR, 17 Mac 2026 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Institusi bagi tahun 1447H bertempat di Surau Al-Mukmin hari ini.Program ini merupakan kemuncak kepada tadarus Al-Quran yang dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan yang mulia. Seramai 18 orang pelajar dari pelbagai jurusan telah menyertai program tadarus Al- Quran ini.

    Program bermula pada pukul 5.00 petang dan dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh para peserta dan diteruskan dengan sesi penyampaian penghargaan buat semua peserta oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar.

    Majlis diteruskan dengan bacaan tahlil sebelum menunggu waktu berbuka puasa. Selepas berbuka, pelajar dan kakitanga yang hadir telah melaksanakan solat Mabrib, Isyak dan Sunat Tarawih secara berjemaah.

    Diharapkan program ini dapat menaikkan semangat semangat semua warga Institut untuk terus membca dan mengaamalkan Al-Quran.
    Semoga semua amal ibadah kita diterima olehNya insyaa Allah.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.