Pelajar Semester 4 Bahagian Kimpalan, Jabatan Mekanikal IKBN Bandar Penawar telah menghadiri Kursus Kad Hijau CIDB (SICW) yang dianjurkan oleh ADTEC JTM Kampus Pasir Gudang pada 11 Disember 2025. Kursus ini dikendalikan oleh En. Kamaruzaman bin Mohd Salleh dari Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan.
Melalui kursus ini, pelajar didedahkan kepada asas keselamatan dan kesihatan pekerjaan, termasuk undang-undang keselamatan, pengurusan risiko, kerja berisiko tinggi, hazard kesihatan serta kemudahan kebajikan di tapak bina. Pensijilan ini juga merupakan keperluan penting sebelum memasuki tapak pembinaan sebenar.
Penganjuran program ini berjaya meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan budaya kerja selamat dalam kalangan pelajar, selain mengukuhkan kompetensi serta kebolehpasaran mereka dalam industri. Inisiatif seperti ini wajar diteruskan bagi memastikan pelajar sentiasa bersedia menghadapi cabaran dunia pekerjaan.
