Program PETRONAS Powering Knowledge STEM Carnival with Duta Guru Johor

    Tangkak, 13 Disember 2025 – Program PETRONAS Powering Knowledge STEM Carnival with Duta Guru Johor telah berjaya diadakan di Kolej Kemahiran Tinggi Ledang (KKTM Ledang) hari ini, dengan matlamat untuk memupuk minat pelajar terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta memberi pendedahan mengenai peluang kerjaya dalam industri berkaitan.

    Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh En Hishammuddin, Penolong Pengarah Kanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi di Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN Johor).Turut hadir memeriahkan program tersebut ialah Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Selatan, Encik Mohd Zaki bin Dato Haji Mahat, dan Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik KKTM Ledang, Encik Ts Dr Kamil bin Pongot.

    Program ini merupakan inisiatif Yayasan PETRONAS dengan kerjasama JPN Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tangkak, sejajar dengan usaha nasional untuk membangunkan modal insan berkemahiran tinggi dalam bidang STEM. Duta guru yang terlibat adalah dari SMK Dato Sulaiman, SMK Munshi Sulaiman, SMK Dato Onn, SMK Sultan Ibrahim, SMK Simpang Renggam, Sekolah Tinggi Muar dan SMK Convent Muar. Pelbagai aktiviti interaktif dan pameran telah dianjurkan untuk menarik minat dan memberi inspirasi kepada para pelajar sekolah.Antara sekolah yang terlibat sama dalam program ini adalah SMK Dato Sulaiman, SMK Bukit Gambir, SMK Ledang, SMK Sagil, SMK Tun Sri Lanang, SMK Muar, SMK Persisiran Perdana dan SMK Sains Tangkak.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.