- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 6
Kursus Reskilling, Upskilling and Professional (RUP): Mastering Production of Frozen Dessert
Bandar Penawar – Kursus Reskilling, Upskilling and Professional (RUP): Mastering Production of Frozen Dessert telah berjaya dilaksanakan di Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar pada 18 hingga 22 Mei 2026. Kursus anjuran IKBN Bandar Penawar ini bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam penghasilan pencuci mulut sejuk berasaskan teknik moden dan kreatif.
Kursus selama lima hari ini telah disertai oleh Pengajar Bidang Penyediaan Pastri dari IKTBN Alor Gajah, IKTBN Bachok, IKBN Bandar Penawar, IKBN Peretak, IKBN Kemasik dan IKBN Miri
Sepanjang kursus berlangsung, para peserta telah dibimbing oleh Chef Najihah Salwana Binti Sanusi daripada Dulcen Baking Academy yang berkongsi pelbagai teknik dan pengetahuan berkaitan penghasilan pencuci mulut sejuk berkualiti premium.
Antara produk yang berjaya dihasilkan sepanjang kursus ialah aiskrim, sorbet, sherbet, parfait, gelato, Bombe Alaska serta wafer biscuit. Peserta turut didedahkan dengan teknik penyediaan produk, kawalan tekstur, keseimbangan rasa serta kaedah persembahan produk yang menarik dan berkualiti komersial.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kompetensi tenaga pengajar dalam bidang pastri khususnya penghasilan frozen dessert,selaras dengan perkembangan industri makanan dan hospitaliti masa kini.
