Majlis Apresiasi Pemimpin Pelajar IKBN Bandar Penawar 2025

    Desaru -14 November 2025. Bertempat di Emerald Hotel Desaru, Majlis Apresiasi Pemimpin Pelajar IKBN Bandar Penawar Tahun 2025 telah diadakan dengan jayanya oleh Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini diadakan bertujuan untuk menghargai usaha pemimpin pelajar dan mengeratkan hubungan antara pelajar dan pihak pengurusan institut. Acara ini melibatkan penyertaan Majlis Perwakilan Pelajar, Ahli Jawatankuasa Asrama, dan Ahli Jawatankuasa Surau Institut.

    Majlis dimulakan dengan ucapan penghargaan daripada Pengarah IKBN Bandar Penawar, Cik Fadhilah Binti Ahmad, yang menekankan pentingnya peranan pemimpin pelajar dalam menjayakan pelbagai aktiviti dan program di institut. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar yang telah memberikan sumbangan yang berharga.Acara ini juga menyaksikan penyampaian cenderahati penghargaan kepada semua pemimpin pelajar yang telah menunjukkan komitmen dan dedikasi.

    Selain itu, majlis dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta persembahan daripada pelajar yang mempamerkan bakat mereka. Diharapkan aktiviti seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memupuk semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pelajar.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.