Program Xplore VISTA i-plus 2025 Anjuran PETRONAS

    IKBN Bandar Penawar telah menyertai Program Xplore VISTA i-plus 2025 anjuran PETRONAS pada 18 November 2025.Program ini merangkumi sesi perkongsian teknikal, lawatan tapak, bengkel interaktif serta peluang berinteraksi bersama profesional industri. Ia bertujuan memberi pendedahan sebenar kepada pelajar mengenai operasi industri minyak dan gas, di samping membantu mereka meneroka potensi kerjaya dalam bidang berkenaan bertempat di PETRONAS Pengerang Integrated Complex (PIC).

    Program berlangsung dari 7.30 pagi hingga 4.30 petang, melibatkan penyertaan 14 orang pelajar Semester 4 Bahagian Kimpalan dan 2 orang pegawai iaitu Pn Norhayati Abdullah dan En Mahathir Bin Mohamad.Secara keseluruhan, program ini dijangka memberikan pengalaman pembelajaran yang signifikan serta meningkatkan kefahaman pelajar terhadap operasi sebenar industri.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.