- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 35
MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA BANDAR PENAWAR DAN DESARU CORNICHE HOTEL SDN. BHD.
The Westin Desaru Coast Resort, 11 November 2025 – Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) telah berlangsung hari ini antara Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar dan Desaru Corniche Hotel Sdn. Bhd. (dikenali sebagai The Westin Desaru Coast Resort).
MoU ini merupakan kerjasama strategik yang dijangka memberi impak besar dalam sektor Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), khususnya dalam bidang hospitaliti.
Tujuan Utama:
Kerjasama ini bertujuan untuk memperkasakan latihan kemahiran dan menyediakan peluang pendedahan industri yang lebih luas kepada para pelajar IKBN Bandar Penawar.
Bentuk Kerjasama:
Meliputi program latihan industri (internship), penempatan pekerjaan, perkongsian kepakaran teknikal, dan pembangunan kurikulum yang relevan dengan keperluan industri perhotelan terkini.
Pihak yang Menandatangani MoU:
Majlis disempurnakan oleh YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar, Pn. Nurlia binti Mohd Rusli, Ketua Jabatan Hospitaliti, Ms. Karin Jongman, General Manager The Westin Desaru Coast Resort, Ms. Caterine Wong, Director of Human Resource The Westin Desaru Coast Resort.
Kerjasama ini diharapkan dapat melahirkan graduan TVET yang lebih kompeten, memenuhi permintaan tenaga kerja berkualiti tinggi dalam industri pelancongan dan hospitaliti di Desaru dan sekitarnya, serta menyumbang kepada pembangunan ekonomi tempatan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
