- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 54
MAJLIS PENTAULIAHAN PROFESIONALISME KERJA BELIA KALI KE-2 TAHUN 2025
Seremban, 11 November 2025 - Tahniah diucapkan kepada 3 orang pegawai IKBN Bandar Penawar yang telah menerima Tauliah Profesionalisme Kerja Belia dalam Majlis Pentauliahan Profesionalisme Kerja Belia Kali Ke-2 Tahun 2025 yang diadakan di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan. Seramai 255 orang warga perkhidmatan belia dan sukan dan pemegang taruh pembangunan belia hari ini menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi Tahap 3, 4 dan 5.
Penganugerahan ini dilaksanakan melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) sebagai usaha memperkukuh profesionalisme dalam kalangan pekerja belia, selain meningkatkan kompetensi serta keupayaan mereka dalam pembangunan belia negara.Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang turut menyampaikan sijil tauliah kepada para penerima.Turut hadir, YBrs. Pn. Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) serta En. Mohd Hazan Dahari, Pengarah Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) Port Dickson.
Tahniah kepada semua penerima Tauliah Profesionalisme Pekerja Belia bagi sesi kali ini!
