Majlis Penyerahan Projek Naiktaraf Kemudahan Latihan Jabatan Hospitaliti Dan Perhotelan IKBN Bandar Penawar

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar (IKBNBP) hari ini melakar satu lagi pencapaian penting apabila menerima penyerahan rasmi projek menaiktaraf kemudahan latihan bagi Jabatan Hospitaliti dan Perhotelan.
     
    Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Haji Norazlan bin Mohammad Nor, Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Tinggi selaku perasmi mewakili agensi pelaksana projek. Turut hadir ialah Pengarah IKBN Bandar Penawar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar, serta Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Bahagian yang turut sama memeriahkan majlis.
     
    Projek menaiktaraf kemudahan ini telah dilaksanakan oleh kontraktor FZ Infra Enterprise, dengan pemantauan rapi daripada pihak JKR Daerah Kota Tinggi. Penambahbaikan ini melibatkan aspek prasarana latihan yang lebih moden dan selesa, bertujuan meningkatkan kualiti pengajaran serta pengalaman pembelajaran pelajar dalam bidang hospitaliti dan perhotelan selaras dengan keperluan industri semasa.
     
    Dalam ucapan perasmiannya, Ir. Ts. Haji Norazlan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini. Beliau turut menegaskan pentingnya kemudahan latihan yang berkualiti tinggi dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang berdaya saing. Majlis penyerahan ini bukan sahaja simbolik kepada tamatnya projek secara rasmi, malah menjadi titik tolak kepada peningkatan mutu latihan di IKBN Bandar Penawar. Pihak institut merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat atas kerjasama dan komitmen yang diberikan sepanjang tempoh pelaksanaan projek.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.