Jemputan Industri Ke Amali Pelajar Jurusan Penyediaan Makanan Bertajuk Basic Cost Control

    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar melalui Jabatan Hospitaliti telah menganjurkan sesi amali pelajar jurusan Penyediaan Makanan bertajuk Basic Cost Control dengan tema Dynasty Kitchen.
     
    Program ini turut mendapat sokongan pihak industri apabila dua wakil dari Amansari Hotel Desaru dan dua wakil dari Four Point by Sheraton Desaru hadir bagi memberikan sokongan dan perkongsian pandangan. Kehadiran wakil industri ini telah memberikan peluang kepada pelajar untuk mempersembahkan hasil amali mereka, di samping menerima maklum balas dan penilaian terus daripada pihak industri.
     
    Antara aktiviti yang dijalankan termasuk sesi merasa dan menilai masakan hasil penyediaan pelajar, sekali gus memberi pengalaman pembelajaran lebih autentik yang menekankan aspek kawalan kos dalam penyediaan makanan.
     
    Penganjuran program ini bukan sahaja mengukuhkan jalinan hubungan antara IKBN Bandar Penawar dengan pihak industri, malah membuka ruang kepada pelajar untuk lebih memahami kehendak sebenar dunia kerja dalam bidang hospitaliti.
     

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.