PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR JANUARI-MAC 2026

    Bandar Penawar, 17 Mac 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar telah menganjurkan perhimpunan bulanan bagi Januari hingga Mac 2026 melibatkan semua pelajar dan kakitangan.

    Perhimpunan diadakan bertujuan untuk:
    1. Penyampaian Amanat dan Maklumat Terkini
    2. Memupuk Disiplin dan Nilai Murni
    3. Penghargaan dan Pengiktirafan
    4. Penyelarasan Pentadbiran
    5. Memperkukuh Hubungan Silaturahim

    Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan bacaan ayat suci Al-Quran oleh pelajar dan wakil kakitangan Institut sebelum ucapan amanat yang disampaikan oleh Cik Fadhilah Binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar.

    Antara anugerah yang disampaikan pada perhimpunan kali ini adalah:
    1. Sijil Kecemerlangan Akademik Semester
    2. Anugerah Bilik Asrama Terbaik Lelaki dan Wanita
    3. Anugerah Pelajar Gemilang
    Diharapkan pencapaian dan kejayaan para pelajar dapat diteruskan pada masa akan datang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.