PERJUMPAAN DAN PERBINCANGAN ANTARA JABATAN PERHOTELAN, IKBN BANDAR PENAWAR DAN PUSAT KHIDMAT WAKIL RAKYAT PARLIMEN PENGERANG

    13 Januari 2026, Bandar Penawar – Satu sesi perjumpaan dan perbincangan telah diadakan di antara Jabatan Perhotelan, IKBN Bandar Penawar yang diwakili oleh En. Shaharin bin Shaharuddin, En. Abun anak Simpo dan En. Muhammad Azizi bin Sahardin bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Pengerang yang diwakili oleh Tuan Haji Mohd Syahrin bin Haji Rosmin sebagai Pengurus dan Cik Nuradlina Syahirah binti Abdullah. Perbincangan berkisar tentang kursus-kursus yang ditawarkan di Jabatan Perhotelan, kursus modular Room Aesthetics and Decoration serta kursus-kursus yang boleh melibatkan penyertaan masyarakat dan komuniti setempat, pengusaha-pengusaha inap desa dan belia-belia berkeperluan sekitar Pengerang.Diharapkan kunjungan ini menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.