Tahniah dan Selamat Datang Pelajar Baharu Sesi 1/2026

     
    26 Januari 2026, Bandar Penawar - IKBN Bandar Penawar menerima 63 pelajar baharu daripada 4 jurusan pada hari ini iaitu Jurusan Kimpalan, Juruperancah, Penyediaan Makanan dan Room Aesthetics & Decorations.

    Selain daripada pendaftaran, ibu bapa juga telah dibawa ke lawatan bengkel bagi menunjukkan keadaan sebenar tempat belajar anak-anak mereka yang menyambung pelajaran di sini. Terdapat juga pameran disediakan oleh semua jabatan di Dewan Seri Desaru.

    YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar turut menyampaikan ucapan dan amanat kepada para pelajar baharu dan ibu bapa serta mengalu-alukan ketibaan mereka ke Institut selepas sesi taklimat bersama ibubapa yang disampaikan oleh Pn Normala binti Daman, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar.
    Selamat datang ke dunia kemahiran! Memilih bidang TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) adalah satu langkah bijak kerana anda kini berada di laluan pantas menuju kerjaya yang sangat diperlukan oleh industri.

    Syabas kerana memilih bidang TVET dan IKBN Bandar Penawar sebagai pemacu masa depan anda. Di sini, teori bertemu praktikal, dan impian dibina melalui kemahiran tangan. Semoga perjalanan anda di sini penuh dengan ilmu yang bermanfaat dan inovasi yang luar biasa.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.