- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 7
PROGRAM JELAJAH CHANGEMAKER LAB NEGERI JOHOR TAHUN 2026
Bandar Penawar, 29 April 2026 – Program Jelajah Changemaker Lab Tahun 2026 anjuran The Changemaker Malaysia dengan kerjasama Yayasan JCORP dan Lembaga Pelabuhan Johor telah dilaksanakan di Dewan Seri Desaru, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Program ini bertujuan bagi memperkasakan penglibatan anak muda dalam bidang filantropi dan pembangunan sosial serta membentuk sebuah generasi yang prihatin terhadap kemenjadian masyarakat. Jelajah ini melibatkan enam daerah di negeri Johor iaitu di Johor Bahru, Batu Pahat, Segamat, Muar, Kota Tinggi dan Mersing. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar merupakan lokasi pilihan untuk daerah Kota Tinggi bagi program ini. Seramai 35 orang peserta terdiri daripada IPTA dan ILKA sekitar Bandar Penawar telah menyertai program ini dan seramai 15 orang pelajar IKBN Bandar Penawar turut sama menyertai di dalam program Jelajah Changemaker Lab Negeri Johor Tahun 2026. Pelbagai segmen berlangsung di dalam program ini antaranya ialah segmen penjanaan idea, segmen pengurusan projek, segmen literasi kewangan dan pelbagai lagi.
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia yang progresif, inklusif dan relevan dengan cabaran semasa secara tidak langsung memastikan belia-belia di Negeri Johor terus berdaya saing dalam segala aspek.
TVET Pilihan Utama Kerjaya
ILKBS Professional Terunggul
