TAKLIMAT LATIHAN INDUSTRI MEI-JULAI 2026

    Bandar Penawar, 24 April 2026 - Satu sesi taklimat latihan industri telah diadakan oleh Caw. Hubungan Industri, Publisiti dan Seranta bersama pelajar yang akan menjalani latihan industri pada bulan mei hingga julai 2026.

    Taklimat telah disampaikan oleh En Mohamad Zainal bin Abdullah Sani kepada pelajar jurusan Penyediaan Pastri, Penyajian dan Scaffolding. Taklimat ini memfokuskan perancangan pelaksanaan latihan industri disamping penyerahan dokumen LI kepada pelajar.Sesi ikrar aku janji turut diadakan yang diketuai oleh wakil pelajar daripada jurusan Penyediaan Pastri. Diharapkan latihan industri ini dapat membuka minda kepada para pelajar tentang dunia pekerjaan sebenar dan membentuk jati diri yang mapan dalam mengharungi kehidupan serta hala tuju selepas ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.