PROGRAM JELAJAH ORANG JOHOR (JOJ) 2026

    BANDAR PENAWAR, 6 Jun 2026 – Perkarangan SKS Mall di sini bertukar meriah semalam apabila menjadi lokasi tumpuan ratusan penduduk setempat sempena Program Jelajah Orang Johor (JOJ) 2026 Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Penawar.
    Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar hadir sebagai pempamer bagi mempromosikan peluang latihan kemahiran kepada pengunjung. Kehadiran kaunter IKBN ini memfokuskan kepada pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan Sesi 2/2026. Pelbagai agensi kerajaan dan institusi pengajian turut membuka kaunter perkhidmatan terus kepada pengunjung, antaranya:

    • Kolej Profesional MARA Bandar Penawar
    • Kolej Komuniti Bandar Penawar
    • Klinik Kesihatan Bandar Penawar
    • Institut Sains dan Teknologi Darul Takzim (INSTEDT)
    • Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
    • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
    • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

    Suasana di perkarangan SKS Mall bertambah gamat dengan penganjuran Karnival Rakyat yang membariskan aktiviti interaktif untuk semua lapisan masyarakat. Golongan peminat automotif beralih tumpuan kepada Pertandingan Auto Show dan tawaran tukar minyak hitam motor percuma. Bagi pencinta seni dan kulinari, ruang acara diserikan dengan:

    • Pertandingan Masak Asam Pedas
    • Pertandingan Penyediaan Bento Makanan Sihat
    • Pertandingan Gubahan Tuala
    • Pertandingan Mewarna (Kanak-kanak)
    • Sukan Rakyat

    Jabatan Perhotelan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah menghantar 4 orang pelajar bahagian Room Aesthetics & Decoration (RAD-SHA) membentuk dua pasukan untuk menyertai Pertandingan Gubahan Tuala Hantaran Raja Sehari. Alhamdulillah satu pasukan telah berjaya memperolehi kedudukan Naib Johan dan satu pasukan lagi mendapat hadiah saguhati.

    Penganjuran JOJ 2026 di SKS Mall ini berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform sehenti yang menghubungkan agensi kerajaan, institusi pendidikan, dan komuniti dalam suasana yang santai dan harmoni.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.


    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.