- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 17
MAJLIS PELUNCURAN PROGRAM BAKAT MALAYSIA MADANI 2026: MEMPERKASA TVET NEGARA
Hari ini, wakil pengurusan tertinggi IKBN Bandar Penawar telah berbesar hati menghadiri Majlis Peluncuran Program Bakat Malaysia MADANI 2026. Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri.Kehadiran IKBN Bandar Penawar ke majlis ini adalah atas jemputan rasmi daripada VISTA i-plus. Untuk makluman semua, PETRONAS, merupakan rakan strategik utama IKBN Bandar Penawar bagi menjayakan program VISTA i-plus ini.Turut menyerikan majlis ini dengan kehadiran mereka adalah Menteri Belia dan Sukan, YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, bersama Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), YBhg. Dato' Rahimi bin Ismail. Kehadiran kepimpinan tertinggi KBS ini pastinya menyuntik semangat baharu dalam landskap pemerkasaan institusi TVET belia di bawah kementerian.
Delegasi IKBN Bandar Penawar telah diketuai oleh Pengarah IKBN Bandar Penawar, Puan Fadhilah Binti Ahmad, dan diiringi oleh Ketua Jabatan Mekanikal, Ts Mohd Sopian Bin Ibrahim. Kehadiran delegasi pengurusan tertinggi ini membuktikan komitmen dan sokongan padu kita dalam mengeratkan kerjasama strategik di antara institusi latihan, VISTA i-plus, dan PETRONAS bagi memperkasakan pembangunan bakat pada masa hadapan.Secara ringkasnya, program yang dianjurkan ini merupakan salah satu inisiatif strategik negara dalam memperkukuhkan pembangunan bakat serta ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).Semoga jalinan kerjasama erat antara institusi TVET seperti IKBN Bandar Penawar bersama rakan strategik peneraju industri seperti PETRONAS akan terus melonjakkan kebolehpasaran dan jaminan kerjaya graduan kita! 
Terus Maju TVET Negara!
