PROGRAM JOHOR BERSIH PERINGKAT IKBN BANDAR PENAWAR SIRI 2 TAHUN 2025

    DESARU, 1 DISEMBER 2025 – Program Johor Bersih anjuran Majlis Perbandaran Pengerang tahun 2025 merupakan satu inisiatif tempatan yang menyahut seruan Kerajaan Negeri Johor dalam memperkasa budaya kebersihan dan kelestarian alam sekitar.

    Seramai 32 orang pegawai dan kakitangan IKBN Bandar Penawar terlibat dalam menjayakan Program Johor Bersih peringkat IKBN Bandar Penawar Siri 2 yang bertempat di Pantai Kompleks Rakan Muda (KRM), Desaru.Turut hadir bersama-sama pada program kali ini adalah Ybrs. Puan Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar yang sentiasa memberikan sokongan padu dalam program-program seumpama ini.

    Institut mengucapkan terima kasih kepada Pihak Pengurusan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP) dan Kompleks Rakan Muda (KRM), Desaru yang sudi membantu bagi kelancaran program pada kali ini.Semoga dengan pelaksanaan program seperti ini mampu memperkukuhkan peranan masyarakat setempat bersama agensi-agensi Kerajaan, swasta dan institusi pendidikan dalam menjadikan Pengerang sebuah kawasan yang bersih, hijau dan sejahtera.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya
    ILKBS Profesional Terunggu

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.