- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 16
PROGRAM EKSPLORASI KERJAYA CILIK SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PENAWAR 2 BERSAMA IKBN BANDAR PENAWAR
Bandar Penawar, 28 November 2025 – Seramai 124 orang murid Sekolah Kebangsaan Bandar Penawar 2 (SKBP 2) dan 6 orang guru pengiring telah menyertai Program Eksplorasi Kerjaya Cilik anjuran sekolah dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar.
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan dunia kerjaya serta bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang ditawarkan oleh IKBN Bandar Penawar kepada murid-murid.
Setelah taklimat dan tayangan video promosi Institut dan ILKBS, para pelajar telah dipecahkan kepada 4 kumpulan untuk sesi lawatan ke bengkel Jabatan Hospitaliti, Jabatan Perhotelan, Jabatan Mekanikal dan Jabatan HSE.
Pelbagai aktiviti interaktif telah diadakan semasa lawatan berlangsung seperti online kuiz, lipatan towel, pembuatan coklat, lipatan napkin, pemakaian safety harness dan desmontrasi pemotongan besi dan kimpalan.
Institut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat SKBP 2 di atas kesudian mebuat lawatan sambil belajar ke IKBN Bandar Penawar.
Diharapkan program ini sedikit sebanyak dapat membuka minda para pelajar untuk memilih ILKBS sebagai pilihan utama untuk menyamung pelajaran di dalam bidang TVET.
