- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 89
Program Road To Give Marriot International Southern Region Tahun 2025
The Westin Desaru Coast Resort, 11 Oktober 2025 - Seramai 30 orang pelajar dan 3 orang pegawai IKBN Bandar Penawar telah menyertai larian amal tahunan Marriot International Southern Region Road To Give 2025. YBrs. Cik Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar turut bersama-sama mengetuai larian amal ini.
Program ini merupakan satu program CSR tahunan syarikat bertujuan untuk mengumpul sumbangan bagi persatuan-persatuan yang memerlukan yang mana tahun ini sumbangan disalurkan kepada Kiwanis Down Syndrome Foundation Johor Bahru Centre.
Program larian amal 5 kilometer ini dimulai dengan sesi regangan dan senaman zumba. Kesemua peserta larian berjaya menamatkan larian pada jam 6.00 petang. Program diserikan lagi dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi cabutan bertuah. Seorang alumni jurusan Kaunter Hadapan IKBN Bandar Penawar yang kini bekerja di Anantara Desaru Coast Resort & Villas berjaya mendapat tempat ke-3 kategori wanita. Selain itu, 4 orang pelajar dan seorang alumni Institut yang menyertai larian berjaya memenangi hadiah cabutan bertuah. Syabas dan tahiah diucapkan.
Institut mengucapkan jutaan terima kasih dia kepada The Westin Desaru Coast Resort selaku rakan strategik industri Institut di atas jemputan ke program ini. Program ini bukan sahaja dapat meningkatkan budaya bersukan masyarakat Malaysia malah dapat membantu golongan yang memerlukan.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
