- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 110
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IKBN BANDAR PENAWAR BAGI BULAN JULAI, OGOS DAN SEPTEMBER
Bandar Penawar, – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Julai, Ogos dan September yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar.
Majlis bermula dengan ketibaan Pengarah IKBN Bandar Penawar, Cik Fadhilah binti Ahmad pada jam 9.00 pagi. Program turut diserikan dengan persembahan pentomin kemerdekaan serta nyanyian lagu patriotik oleh wakil pelajar sebagai tanda semangat cintakan negara.
Acara diteruskan dengan Amanat Pengarah yang menekankan kepentingan disiplin, semangat kebersamaan dan kecemerlangan dalam kalangan warga institut. Majlis turut menyaksikan penyampaian penghargaan dan hadiah kepada warga IKBN Bandar Penawar atas pencapaian cemerlang serta kejayaan dalam pertandingan yang telah disertai.
Perhimpunan ini bukan sahaja menjadi platform penyampaian maklumat dan amanat kepimpinan, malah sebagai medan untuk meraikan kejayaan serta memperkukuh semangat perpaduan warga IKBN Bandar Penawar.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
