- Nor Rizanida binti Abdul Hamid
- IKBN Bandar Penawar
- Hits: 9
PROGRAM SPORT MANIA IKBN BANDAR PENAWAR 2026
IKBN BANDAR PENAWAR, 31 Mac - 5 April 2026 - Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKBN Bandar Penawar dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar IKBN Bandar Penawar telah mengadakan Program Sports Mania IKBN Bandar Penawar 2026 pada 31 Mac 2026 – 5 April 2026.
Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk mencungkil bakat baharu, malah memperkukuh semangat perpaduan dan kekeluargaan warga Institut. Sorakan penyokong dan semangat juang para peserta menjadikan setiap perlawanan penuh warna dan kenangan.Antara sukan-sukan yang telah dijalankan dalam Sports Mania ialah bola sepak 9 sebelah, sepak takraw lelaki, bola baling lelaki, bola tampar lelaki, tenpin boling wanita, badminton beregu lelaki dan perempuan serta bola jaring.
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
