RANCANGAN TAJAAN: UP_TVET PERDANA DI JOHOR FM

    RTM Johor, 30 Oktober 2025 – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar bersama Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Pagoh telah dijemput ke siaran Rancangan Tajaan Johor FM bertajuk “UP_TVET Perdana: Platform Permohonan ke Institusi TVET bagi Ambilan Januari 2026.Rancangan yang bersiaran secara langsung pada Khamis, 30 Oktober 2025 jam 11.30 pagi itu menampilkan dua tetamu jemputan, Puan Fadhilah binti Ahmad, Pengarah IKBN Bandar Penawar dan Puan Suzana binti Mohammed Zohdi, Pengarah IKTBN Pagoh.

    Siaran ini bertujuan memperkenalkan platform permohonan UP_TVET kepada orang ramai sebagai saluran utama bagi kemasukan pelajar ke institusi TVET seluruh negara bagi pengambilan Januari 2026. Selain itu, kedua-dua panel turut mempromosikan ILKBS dan bidang-bidang yang ditawarkan di ILKBS serta kelebihan melanjutkan pelajaran di ILKBS. Institut mengucapkan jutaan terima kasih kepada sekretariat MTVET di atas peluang ini. Diharapkan para belia di luar sana dapat input yang berguna melalui sesi ini dan memilih ILKBS sebagai pilihan utama untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggul.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.