PROGRAM MYFUTURE AGRO@ILKBS IKBN BANDAR PENAWAR TAHUN 2025: KENALI POKOK HERBA - TANAMAN DAN MANFAATNYA

     
    31 Oktober 2025 - IKBN Bandar Penawar, Satu taklimat secara dalam talian telah diadakan bertajuk Kenali Pokok Herba - Tanaman dan Manfaatnya telah diadakan dengan kerjasama Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi. Taklimat telah disampaikan oleh Pn. Nurul Aini Binti Ismail - Penolong Pegawai Pertanian dan En. Muhammad Danial Bin Mohd Said - Penolong Pegawai Pertanian.Taklimat ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para kakitangan dan pelajar mengenai pertanian dari sesi aspek jenis-jenis herba di Malaysia, kaedah penanaman herba dan manfaat herba dalam kehidupan seharian.

    Seramai 37 orang pelajar dari jurusan Penyediaan Makanan dan Kimpalan semester 4 dan 20 orang kakitangan menyertai taklimat ini. Di akhir taklimat, pencemarah telah mengadakan sesi soal jawab dan terdapat pelajar yang telah bertanyakan berkaitan keusahawanan dalam sektor herba bagi dearah Kota Tinggi. Ini membuktikan terdapat ramai belia yang berminat untuk menjadi usahawan dalam bidang pertanian.Institut mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan ke atas Pejabat Petanian Daerah Kota Tinggi di atas kerjasama menjalankan sesi taklimat ini.

    TVET Pilihan Utama Kerjaya.
    ILKBS Profesional Terunggu

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.