Satu sesi Pemeriksaan Ujian Penerimaan Kilang (Factory Acceptance Test – FAT)

    JOHOR BAHRU, 23 OKTOBER 2026 – Satu sesi Pemeriksaan Ujian Penerimaan Kilang (Factory Acceptance Test – FAT) bagi Kerja Naik Taraf Pendawaian Elektrik untuk 40 Mesin Kimpalan dan Sistem Pengekstrakan Asap (Fume Extraction System) telah dilaksanakan dengan jayanya pada pagi tadi. Sesi tersebut disaksikan oleh Ketua Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan, Encik Dzulkiflee bin Hj. Hamdan; Penjaga Jentera Elektrik, Encik Kamarul Ariffin bin Kamarulzaman; wakil kontraktor, Encik Shahrizul Ezhan Bin Sarapudin; orang kompeten daripada syarikat pengilang; serta Pemandu Rasmi Jabatan, Encik Norfais bin Kasimin.
    Sesi pemeriksaan kritikal ini bermula pada pukul 10.00 pagi di premis Golden Maya Industries Sdn. Bhd., Taman Mount Austin, Johor Bahru.

    FAT ini diadakan bertujuan untuk menguji, memeriksa dan memastikan semua papan suis (switchboard) yang telah siap dikilangkan memenuhi spesifikasi teknikal, piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan sebelum dihantar serta dipasang di tapak projek.

    Secara keseluruhannya, sebanyak 3 item utama (merangkumi 4 unit panel elektrik) telah menjalani proses pemeriksaan rapi hari ini:
    • Sub-Switchboard (SSB-N) – 1 Unit (No. Lukisan: 421/2007-26/GMI/D01/1 to 2)
    • Distribution Board (DB-BENGKEL 1 & DB-BENGKEL 2) – 2 Unit (No. Lukisan: 421/2007-26/GMI/D02/1 to 2)
    • STAR DELTA PANEL – 1 Unit (No. Lukisan: 421/2007-26/GMI/D03/1 to 2)

    Kejayaan pelaksanaan FAT ini membuktikan komitmen berterusan Institut dalam memastikan setiap aset kejuruteraan elektrik mematuhi spesifikasi, berada pada tahap prestasi optimum serta selamat demi menyokong kelancaran operasi masa hadapan bagi kegunaan pelajar dan kakitangan. Penghargaan setinggi-tingginya disampaikan kepada seluruh pasukan teknikal dan vendor yang terlibat atas kerjasama erat dalam menjayakan pemeriksaan ini.

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.