CHIPS IKBN BANDAR PENAWAR ADAKAN LAWATAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA SHERATON JOHOR

    JOHOR, 19 OKTOBER 2026 – Unit Corporate, Hubungan Industri, Publisiti dan Seranta (CHIPS), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah mengadakan lawatan dan sesi perbincangan bersama pihak Sheraton Johor pada 19 Oktober 2026.

    Lawatan ini bertujuan memperkukuh hubungan antara institusi latihan kemahiran dengan pihak industri, di samping membuka ruang perbincangan berkaitan peluang kerjasama dalam bidang latihan, pembangunan kompetensi pelajar serta kebolehpasaran graduan.

    Sesi perbincangan ini turut menjadi platform untuk bertukar pandangan dan mengenal pasti potensi kerjasama yang dapat memberikan manfaat bersama kepada kedua-dua pihak, khususnya dalam memenuhi keperluan tenaga kerja mahir dalam sektor hospitaliti.

    IKBN Bandar Penawar komited untuk terus memperluas jaringan kerjasama strategik dengan pemain industri bagi memastikan latihan kemahiran yang ditawarkan sentiasa relevan dengan keperluan semasa industri serta meningkatkan peluang kerjaya graduan TVET.

    IKBN Bandar Penawar – Bina Kemahiran, Bina Kerjaya, Bina Masa Depan!

    Institut Kemahiran Belia Negara Bandar Penawar
    Jalan Kejora Utama 81930
    Bandar Penawar, Johor

    No.Tel : 07-8221 567
    Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.