KURSUS KEMAHIRAN MEMIMPIN (INSPIRING YOUNG LEADERS) SIRI 2 TAHUN 2026

    Pulau Pinang, 8 Mei 2026 – Akademi Pembangunan Belia Malaysia (Kepimpinan) Port Dickson telah selesai menganjurkan Kursus Kemahiran Memimpin (Inspiring Young Leaders) Siri 2 Tahun 2026 bermula 4 hingga 7 Mei 2026 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Pulau Pinang.
    Program selama empat hari ini telah disertai seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada 25 lelaki dan 17 perempuan dari pelbagai latar belakang. Kursus ini diadakan bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta keupayaan peserta dalam aspek kepimpinan. Pelaksanaan kursus turut memberi penekanan kepada pembangunan sahsiah, nilai integriti serta semangat kerja berpasukan dalam kalangan peserta.
    Antara tujuan utama program ini adalah untuk melahirkan belia yang berkeyakinan, berdaya saing dan mampu menjadi pemimpin yang berwibawa dalam komuniti serta organisasi masing-masing. Selain itu, kursus ini bertujuan memperkukuhkan kemahiran insaniah dan memupuk budaya kepimpinan positif dalam kalangan generasi muda.
    Objektif program ini adalah meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas kepimpinan peserta juga membentuk jati diri serta keyakinan dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
    Selain itu, memperkukuhkan kemahiran komunikasi dan kerja berpasukan dan melahirkan belia yang kreatif, proaktif dan mempunyai semangat kepimpinan tinggi.
    Membina jaringan kerjasama dan hubungan positif antara peserta dari pelbagai negeri.
    Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti pelbagai slot ceramah, latihan dalam kumpulan, aktiviti simulasi serta sesi pembangunan kendiri yang dikendalikan oleh tenaga pengajar dan fasilitator berpengalaman.
    Penganjuran program ini diharap dapat melahirkan lebih ramai pemimpin muda yang berkualiti serta mampu menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara pada masa hadapan.

    11 Pelajar IKBN Jitra terdiri daripada pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Rakan Belia Yadim (RBY) dan Sekretariat Rakan Muda (SRM) turut menyertai program ini 🙌
    #apbmpdcomeback #jbsn #kbsmalaysia #apbmpd #KBSMalaysia #kbs

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.