Mobiliti pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

    Mobiliti pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)

    JITRA, 4 Mei 2026 – Mobiliti pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) terus diperkasa menerusi penyerahan 15 unit motosikal sumbangan AEON Co. (M) Berhad di bawah fasa pertama program bantuan pengangkutan syarikat berkenaan.
    Bagi Zon Utara, sebanyak sembilan(9) unit motosikal diserahkan kepada pelajar dari lima(5) cawangan institusi iaitu IKBN Jitra, IKBN Naka, IKBN Kuala Perlis, IKBN Seri Iskandar, dan IKTBN Bukit Mertajam.
    Manakala bagi Zon Pantai Timur, sebanyak enam(6) buah motosikal diagihkan kepada pelajar di IKTBN Bachok dan IKBN Tanah Merah. Proses agihan ke zon tersebut dilaksanakan secara logistik oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
    Kesemua proses agihan dan pengambilan kenderaan telah dilaksanakan secara berperingkat bermula 29 April lalu dan selesai sepenuhnya mengikut jadual pada hari ini.
    Sumbangan ini bertujuan menangani kekangan logistik yang dihadapi oleh pelajar, khususnya dalam kalangan golongan B40. Dengan adanya kemudahan kenderaan ini, bebanan harian pelajar dapat diringankan, sekali gus membolehkan mereka memberikan tumpuan sepenuhnya kepada sesi pembelajaran serta latihan kemahiran di kampus.
    Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada komitmen tanggungjawab sosial korporat (CSR) AEON Co. (M) Berhad dalam menyokong pembangunan modal insan dan kebajikan belia di Malaysia melalui kerjasama strategik bersama pihak kementerian.

    Institut Kemahiran Belia Negara Jitra,
    Km 23, Jalan Changloon,
    06000 Jitra, Kedah Darul Aman.

    No.telefon: 04-9174676
    No.faks: 04-9174444
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.