- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 26
🚀 LAWATAN INDUSTRI & JALINAN KERJASAMA: IKBN JITRA @ SUNRISE MOULD SDN BHD! 🚀
Pada 27 April 2026, pelajar Rekabentuk Mekanikal & Pemesinan IKBN Jitra telah mengadakan lawatan pembelajaran ke Sunrise Mould Sdn Bhd bagi mendalami teknologi plastic injection molding berkepersisan tinggi. 

Banyak ilmu berharga yang dibawa pulang. Berikut adalah highlight menarik sepanjang lawatan:
Bukan sekadar melawat, pihak IKBN Jitra turut menyerahkan Surat Niat (LOI) kepada pengurusan syarikat. Langkah ini sangat penting untuk menangani isu jurang kemahiran (skill gap) tenaga kerja dan melahirkan generasi pelapis mahir untuk masa depan industri pembuatan.
Nantikan majlis pertukaran dokumen MoU ini yang dijangka akan berlangsung semasa Program Jelajah TVET ILKBS Zon Utara di IKBN Seri Iskandar, Perak tidak lama lagi! Wakil industri turut dijemput hadir untuk memeriahkan majlis.
Terima kasih Sunrise Mould Sdn Bhd atas perkongsian pengalaman lebih 20 tahun yang sangat berharga! 
#IKBNJitra #TVETMalaysia #SunriseMould #InjectionMolding #Kemahiran TVETPilihanUtama JelajahTVETZonUtara KBSMalaysia
