- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 72
TAKZIAH... KEPADA KELUARGA MOHAMAMAD AMIRUL ADLI BIN MOHD AZLAN
JITRA, 26 April – Warga Institut Kemahiran Belia Negara Jitra dikejutkan dengan berita pemergian salah seorang pelajar semester ketiga institut ini yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya pada petang 23 April 2026 ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerja (Latihan Industri).
Allahyarham, Mohammad Amirul Adli bin Mohd Azlan berusia 20 tahun merupakan seorang pelajar yang dikenali sebagai seorang yang baik, berdisiplin serta mempunyai hubungan mesra bersama rakan-rakan dan warga institut. Pemergian arwah amat dirasai dan meninggalkan kesan mendalam kepada seluruh warga institut.
Bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan kepada keluarga mangsa, pihak Institut Kemahiran Belia Negara Jitra telah mengadakan kunjungan ziarah ke rumah keluarga mangsa pada hari ini, 26 April 2026. Dalam kunjungan tersebut, wakil institut turut menyampaikan sumbangan hasil kutipan daripada warga institut sebagai tanda keprihatinan serta bagi membantu meringankan beban keluarga mangsa.
Selain itu, satu majlis tahlil khas untuk Allahyarham turut diadakan pada hari ini selepas solat Maghrib bagi mendoakan kesejahteraan arwah.
Pihak institut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan mendoakan agar mereka diberikan kekuatan serta ketabahan menghadapi ujian ini. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
