- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 35
MEMPERKUKUH KOLABORASI TVET–INDUSTRI BERSAMA BOEING COMPOSITE MALAYSIA
MEMPERKUKUH KOLABORASI TVET–INDUSTRI BERSAMA BOEING COMPOSITE MALAYSIA
12 Ogos 2026 | Bukit Kayu Hitam
Bahagian Pemesinan, Jabatan Teknologi Mekanikal IKBN Jitra telah mengadakan lawatan kerja ke Boeing Composite Malaysia (BCM) sebagai langkah memperkukuh kolaborasi strategik dalam pembangunan modul kursus modular yang memenuhi keperluan industri dan menyokong peningkatan kemahiran tenaga kerja Boeing Composite Malaysia.
Delegasi IKBN Jitra diketuai oleh En. Shahrul Fahmi Effandi bin Shoabani, Ketua Jabatan Teknologi Mekanikal, bersama empat orang Penolong Pegawai Latihan Vokasional Bahagian Pemesinan. Pihak BCM diwakili oleh En. Afrul Nizam Osman (Senior Manager, EHS) dan En. Muhamad Harithah Suhaimi (PIC Training BCM).
Sebagai simbol penghargaan, IKBN Jitra turut menyampaikan plak penghargaan kepada Boeing Composite Malaysia atas sumbangan Dana Pendidikan pada tahun 2025. Plak tersebut direka bentuk dan dicetak menggunakan 3D Printer Bambu Lab H2D, yang diperoleh hasil sumbangan Dana Pendidikan daripada The Boeing Company.
Kolaborasi ini mencerminkan komitmen berterusan IKBN Jitra dalam memperkasakan pendidikan TVET melalui jaringan kerjasama erat bersama industri, sekali gus melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang memenuhi kehendak pasaran.
Terima kasih The Boeing Company & Boeing Composite Malaysia atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.
