- Suriani binti Ibrahim
- IKBN Jitra
- Hits: 41
PROGRAM AI4U@ILKBS: LATIHAN AI (GOOGLE.ORG & IBM) TAHUN 2026
AI4U@ILKBS 2026 

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra turut menyokong pelaksanaan Program AI4U@ILKBS: Latihan AI (Google.org & IBM) Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB) dengan kerjasama rakan pelaksana, Biji-biji & Mereka.
Program ini memberi pendedahan kepada para pelajar khususnya pelajar Semester 3 peringkat Sijil dan Diploma mengenai penggunaan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI) dalam teknologi dan dunia pekerjaan.
Inisiatif ini diharap dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran serta kesediaan pelajar dalam mendepani perkembangan teknologi digital dan keperluan industri masa kini. 

AI-ready youth, future-ready skills! 

